
KUALA LUMPUR, 17 November – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah selamat tiba di Antalya, Turkiye bagi menghadiri Persidangan Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa Bersatu (COP31).
- Pesawat khas membawa Seri Paduka mendarat di Lapangan Terbang Antalya kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan.
- Keberangkatan Baginda diiringi Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.
- Ketibaan disambut Duta Besar Malaysia ke Turkiye Adlan Mohd Shaffieq dan wakil Kementerian Luar Negeri Turkiye Duta Deha Erpek.
- Baginda dijadual merasmikan penutupan Pavilion Malaysia dan menyaksikan Johor Day yang mengetengahkan inisiatif kelestarian oleh Johor Sustainability Centre.
Menurut hantaran yang dikongsikan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat khas membawa Seri Paduka Baginda mendarat di Lapangan Terbang Antalya kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan, bersamaan 8 malam waktu Malaysia.
Keberangkatan tiba Raja Zarith Sofiah yang diiringi Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim disambut Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Adlan Mohd Shaffieq serta wakil Kementerian Luar Negeri Turkiye, Duta Deha Erpek.
Sepanjang lawatan ke Antalya, Raja Permaisuri Agong dijadual menyempurnakan perasmian penutupan Pavilion Malaysia, selain menyaksikan acara Johor Day di pavilion berkenaan yang mengetengahkan pelbagai agenda dan inisiatif kelestarian negeri Johor, diterajui Johor Sustainability Centre (JSC).