
KUALA LUMPUR, 17 November – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah memulakan kempen Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2026 dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua di Hong Kong hari ini.
- Gandingan pilihan kedua menewaskan pasangan China Fan Shu Tian-Luo dan Xu Min 21-13, 21-16.
- Kemenangan dicapai dalam dua set terus pada pusingan pertama di Kai Tak Arena.
- Mereka hadapi tentangan awal namun pengalaman dan ketenangan membolehkan mereka menguasai permainan.
- Akan bertemu pemenang pertembungan dua beregu tuan rumah Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan atau Yeung Nga Ting-Yeung Lui Lam.
Gandingan pilihan kedua kejohanan itu tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan pasangan China, Fan Shu Tian-Luo Xu Min menerusi kemenangan straight set 21-13, 21-16 pada aksi pusingan pertama di Kai Tak Arena.
Bagaimanapun, Pearly-Thinaah berdepan tentangan pada awal set pertama apabila pasangan lawan cuba mengimbangi rentak permainan.
Namun, pengalaman dan ketenangan beregu negara itu membolehkan mereka menguasai permainan sebelum menutup set pertama 21-13.
Memasuki set kedua, Fan Shu Tian-Luo Xu Min sekali lagi memberi tentangan apabila mengikat kedudukan 7-7.
Bagaimanapun, gandingan negara terus memperkemas permainan untuk kembali mengawal aksi sebelum mengesahkan kemenangan 21-16.
Kemenangan itu membuka laluan buat Pearly-Thinaah ke pusingan kedua, dengan mereka bakal menentang pemenang pertembungan dua beregu tuan rumah, Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan dan Yeung Nga Ting-Yeung Lui Lam.