90 peratus program sosioekonomi KKDW capai KPI

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang,

KUALA LUMPUR, 16 November – Sebanyak 90 peratus program pembangunan sosioekonomi anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berjaya mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pencapaian diukur berdasarkan peningkatan pendapatan peserta sepanjang pelaksanaan program sehingga enam bulan selepas tamat.
  • Inisiatif meliputi latihan kemahiran asas seperti masakan dan kemahiran teknikal, serta bantuan dalam bentuk latihan, barangan atau modal.
  • Kejayaan projek ditakrifkan sebagai peningkatan pendapatan sekurang-kurangnya 10 peratus; Timbalan Menteri menjawab soalan mengenai kaedah pengukuran.

Pencapaian itu diukur berdasarkan peningkatan pendapatan peserta sepanjang tempoh pelaksanaan program sehingga enam bulan selepas program tamat.

Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wang berkata, antara inisiatif yang dilaksanakan ialah pemberian latihan kemahiran asas seperti masakan dan kemahiran teknikal.

“Kita memberikan bantuan dalam bentuk latihan, barangan atau modal. Kejayaan projek berkenaan diukur berdasarkan peningkatan pendapatan sekurang-kurangnya 10 peratus sepanjang tempoh pelaksanaan program dan dalam tempoh enam bulan selepas program tamat,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar yang ingin mengetahui kaedah KKDW mengukur peningkatan pendapatan isi rumah, pertambahan bilangan usahawan serta pewujudan peluang pekerjaan di pekan-pekan kecil luar bandar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.