3,000 lampu solar LED dipasang di 32 lokasi lebuh raya bertol

Pelaksanaan projek dibiayai sepenuhnya oleh LLM bagi menambah baik kemudahan pencahayaan jalan demi keselamatan pengguna.

KUALA LUMPUR, 11 November – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menyempurnakan pemasangan 100 peratus sebanyak 3,000 unit lampu LED berkuasa solar di 32 lokasi terpilih di seluruh rangkaian lebuh raya bertol negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek ini sebahagian usaha berterusan LLM untuk menambah baik pencahayaan jalan demi keselamatan pengguna.
  • Inisiatif penggunaan tenaga hijau difokuskan untuk meningkatkan tahap penglihatan pemandu pada waktu malam.
  • Langkah dijangka mengurangkan risiko kemalangan di laluan yang memerlukan pencahayaan tambahan.
  • Projek turut menyokong agenda kelestarian alam sekitar melalui penggunaan tenaga solar secara optimum.

Pelaksanaan projek yang dibiayai sepenuhnya oleh LLM itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan agensi berkenaan dalam menambah baik kemudahan pencahayaan jalan demi keselamatan pengguna.

LLM dalam satu kenyataan memaklumkan inisiatif penggunaan tenaga hijau tersebut difokuskan khusus bagi membantu meningkatkan tahap penglihatan pemandu pada waktu malam.

“Langkah ini juga dijangka dapat mengurangkan risiko kemalangan di laluan yang memerlukan pencahayaan tambahan, di samping menyokong agenda kelestarian alam sekitar menerusi penggunaan tenaga solar secara optimum,” jelasnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.