Dua kapal tangki terbakar, terkena periuk api di Selat Hormuz

Foto AFP

TEHRAN, 8 November– Dua kapal tangki minyak terbakar selepas dipercayai terlanggar periuk api ketika melalui Selat Hormuz, menurut kenyataan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), lapor agensi berita rasmi IRNA.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tehran mengehadkan ketat pergerakan kapal dan mewajibkan penggunaan laluan diluluskan sejak perang bermula akhir Februari.
  • Amerika Syarikat mengenakan sekatan laut terhadap pelabuhan Iran dan membantu kapal tangki melalui Selat Hormuz.
  • IRGC mendakwa kapal melanggar peraturan, mematikan sistem navigasi dan penentu kedudukan, identiti kapal tidak didedahkan.

Sejak tercetusnya perang Iran pada penghujung Februari lalu, Tehran mengehadkan dengan ketat pergerakan kapal melalui laluan perairan strategik itu, selain mewajibkan kapal menggunakan laluan yang diluluskan.

Sebagai tindak balas, Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan laut terhadap pelabuhan Iran dan membantu kapal tangki minyak melalui selat berkenaan yang lazimnya menjadi laluan kira-kira satu perlima daripada penggunaan minyak global.

“Dua kapal tangki minyak yang melanggar peraturan, satu di bahagian timur Selat Hormuz dan di dalam selat berkenaan, terbakar selepas terkena periuk api ketika cuba melintasi laluan yang tidak dibenarkan.

“Kedua-dua kapal tangki itu dilaporkan melakukan beberapa pelanggaran, termasuk mematikan sistem navigasi dan penentu kedudukan,”demikian menurut kenyataan IRGC.

Bagaimanapun, identiti kapal tangki minyak itu tidak didedahkan.

Tehran sebelum ini beberapa kali membuat pengumuman berkaitan kejadian kapal terbakar di Selat Hormuz. – AFP

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.