
SHAH ALAM, 7 November – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Hindu, khususnya di negeri itu.
- Sambutan Deepavali dijadikan wadah memperkukuh perpaduan dan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama.
- Semangat saling menghormati, kunjung-mengunjung serta berkongsi kegembiraan perlu disuburkan bagi mempererat hubungan persaudaraan.
- Persefahaman dan toleransi kukuh penting untuk menangkis pengaruh anasir luar melalui media sosial yang cuba menyemai kebencian.
- Harapan agar Deepavali membawa kebahagiaan, kesejahteraan serta memperkuat tekad memelihara keamanan dan keharmonian negara.
Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office hari ini, baginda berharap sambutan perayaan itu terus menjadi wadah memperkukuh perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.
“Semangat saling menghormati, kunjung-mengunjung serta berkongsi kegembiraan terus disuburkan bagi mempererat hubungan persaudaraan sesama rakyat.
“Mengambil iktibar daripada perkembangan semasa, Baginda berpandangan bahawa persefahaman dan toleransi yang kukuh penting dalam menangkis pengaruh anasir luar, khususnya menerusi media sosial, yang cuba menyemai kebencian, mencetuskan perpecahan dan menggugat keamanan negara,” titah baginda.
Sehubungan itu, baginda berharap sambutan Deepavali membawa kebahagiaan dan kesejahteraan, selain memperkukuh tekad seluruh rakyat untuk bersama-sama memelihara keharmonian negara.