
JOHOR BAHRU, 7 November – Seramai 2,867 pegawai dan anggota Polis Kontinjen Johor bersiap siaga bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula bulan ini.
- Aset darat dan air termasuk kenderaan pacuan empat roda serta bot disediakan untuk digerakkan semasa kecemasan banjir.
- Polis Johor memfokuskan lima aspek utama: risikan, kesiapsiagaan operasi, penyelarasan agensi, keselamatan awam dan tindakan pantas.
- Semua Ketua Polis Daerah diingatkan memantau kawasan masing-masing dan memastikan kesiapsiagaan penugasan jika berlaku banjir.
- Sebanyak 337 kawasan panas banjir dikenal pasti seluruh negeri; Mesyuarat Koordinasi Antara Agensi dipengerusikan bagi penyelarasan tindakan.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pelbagai aset darat dan air termasuk kenderaan pacuan empat roda serta bot turut disediakan untuk digerakkan semasa kecemasan, terutama bagi menghadapi kejadian banjir.
Beliau berkata, Polis Johor memberi tumpuan kepada lima aspek utama sepanjang tempoh tersebut, melibatkan risikan, kesiapsiagaan operasi, penyelarasan agensi, keselamatan awam dan tindakan pantas.
Semua Ketua Polis Daerah turut diingatkan supaya sentiasa memantau keadaan di kawasan masing-masing serta memastikan kesiapsiagaan penugasan sekiranya berlaku banjir.
Sebanyak 337 kawasan panas atau hotspot banjir telah dikenal pasti di seluruh negeri Johor.
Datuk AB Rahaman sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Antara Agensi bagi Penyelarasan Tindakan Menghadapi MTL- Op Banjir.