Latihan mencukupi, bantu kejayaan raih emas di Ulsan

Foto RTM

SEPANG, 7 November– Malaysia mencipta kejayaan di pentas antarabangsa selepas memenangi satu pingat emas dan gangsa pada Kejohanan Traditional Archery World Cup 2026 di Ulsan, Korea Selatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Persediaan rapi dan latihan mencukupi membuktikan kemampuan atlet negara bersaing di peringkat antarabangsa.
  • Kerja berpasukan dipentingkan; tanpa semangat berpasukan sukar mencapai kejayaan.
  • Sepanjang tahun ini telah dijalankan tiga kali simulasi sebagai persiapan kompetitif.
  • Jurulatih berharap lebih sokongan sektor swasta, korporat dan badan sukan untuk pembangunan memanah.

Kejayaan itu menyaksikan Ahmad Harun muncul juara dalam acara 70 meter, manakala Surianti Umar meraih pingat gangsa menerusi acara 90 meter.

Jurulatih, Dr. Muhammad Akram Adnan berkata, pencapaian berkenaan membuktikan kemampuan atlet negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa hasil persediaan rapi serta kerjasama berpasukan yang diterapkan sepanjang latihan.

“Kita pentingkan kerja berpasukan. Kerana kita sedar bahawa sekiranya tidak ada semangat berpasukan, sukar untuk kita mencapai apa yang kita telah lihat pada hari ini.

“Sepanjang tahun ini juga kita telah melakukan tiga kali simulasi,” katanya.

Beliau berharap lebih banyak sokongan daripada pihak swasta, korporat dan badan sukan dapat disalurkan bagi membantu pembangunan sukan memanah serta meningkatkan keupayaan atlet negara.

Sementara itu, Ahmad Harun berkata, persediaan latihan yang mencukupi selain sokongan pelbagai pihak menjadi antara faktor utama kejayaannya meraih kejuaraan dalam acara 70 meter.

“Yang pertamanya kita telah datang jauh dalam hati kita, kita mesti melakukan sesuatu untuk memastikan dapat membawa kejayaan,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.