
KUALA LUMPUR, 6 Oktober – Pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Deepavali yang bermula 12.00 tengah malam tadi, disambut baik pengguna lebuh raya.
- Pengguna lebuh raya kata inisiatif itu mengurangkan kos perjalanan dan penjimatan perbelanjaan semasa perayaan.
- Jayandran berkata manfaat inisiatif dinikmati bukan sahaja kaum India, malah seluruh rakyat Malaysia.
- Beberapa pengguna berkongsi pengalaman menerima potongan tol di tol Sungai Besi dan semasa perjalanan Melaka ke Alor Setar.
- Kerajaan mengumumkan pemberian diskaun sempena Deepavali, melibatkan bayaran RM20.11 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya.
Pengguna lebuh raya berpandangan inisiaitif itu dapat mengurangkan kos perjalanan serta penjimatan perbelanjaan semasa perayaan.
Menurut Jayandran Nadarajan, manfaat inisiatif tersebut tidak hanya dinikmati kaum India yang menyambut perayaan, malah seluruh rakyat Malaysia.
“Saya yakin semua rakyat Malaysia gembira dengan inisiatif ini. Sekurang-kurangnya semua orang dapat pulang ke destinasi masing-masing dengan menikmati diskaun tol 50 peratus.
“Saya baru tadi melepasi tol Sungai Besi, saya dapat diskaun 50 peratus,” katanya.
Selain itu, Ahmad Munir Sirajuddin Noryazid turut menikmati diskaun berkenaan ketika dalam perjalanan pulang menghala utara tanah air.
“Saya dalam perjalanan dari Melaka ke Alor Setar. Apabila ada inisiatif ini kami dapat potongan hal tol separuh harga,” ujarnya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna lebuh raya, Suhaimi Shamsudin menyifatkan diskaun sebagai usaha positif membantu rakyat dalam kos sara hidup semasa.
“Kita turut berkongsi kegembiraan bantuan ini kerana sedikit sebanyak inisiatif berkenaan dapat mengurangkan beban kewangan, khususnya dalam mendepani keadaan ekonomi yang semakin mencabar ketika ini.
“Justeru, inisiatif seperti ini amat bermakna kerana dapat membantu meringankan beban perbelanjaan harian rakyat,” katanya.
Kerajaan mengumumkan pemberian diskaun 50 peratus bermula 12.00 tengah malam 6 November hingga 11.59 malam 7 November sempena Deepavali.
Pemberian diskaun itu melibatkan bayaran RM20.11 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya yang terbabit.