ACT 2026: Malaysia rangkul gangsa, tewaskan Korea Selatan 5-2

Foto Facebook Malaysian Hockey Confederation

KUALA LUMPUR, 5 November – Skuad hoki lelaki negara menamatkan kempen Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 di tempat ketiga selepas menewaskan Korea Selatan 5-2 dalam penentuan pingat gangsa di Punjab, India hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mohammad Fitri Saari meletakkan pasukan di depan pada minit kedua menerusi jaringan padang.
  • Park Geunwoo menyamakan menerusi pukulan sudut penalti minit kelima; Chun Semin meletakkan Korea di depan minit ke-13.
  • Azrai Aizad muncul wira dengan dua jaringan padang pada minit ke-45 dan ke-50, diikuti Muhammad Marhan pada minit ke-58.
  • Kejayaan ini memperbaiki pencapaian berbanding edisi 2024 yang menyaksikan pasukan menamatkan saingan di tempat keenam.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Surjit Singh itu, Malaysia bermula garang apabila Mohammad Fitri Saari meletakkan pasukan negara di depan seawal minit kedua menerusi jaringan padang.

Bagaimanapun, Korea Selatan bangkit menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Park Geunwoo pada minit kelima sebelum Chun Semin meletakkan pasukannya di depan dengan jaringan padang pada minit ke-13.

Malaysia kembali mengikat kedudukan 2-2 menerusi pukulan sudut penalti Faizal Saari pada minit ke-34 sebelum Azrai Aizad Abu Kamal muncul wira dengan dua jaringan padang masing-masing pada minit ke-45 dan ke-50.

Muhammad Marhan Mohd Jalil kemudian melengkapkan kemenangan bergaya Speedy Tigers menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-58.

Kejayaan meraih gangsa itu menyaksikan anak buah Brendon Carolan memperbaiki pencapaian pada edisi 2024 di Hulunbuir, China apabila sekadar menduduki tempat keenam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.