
PARIS, 5 November – Menara Eiffel ditutup kepada orang ramai pada Khamis berikutan mogok di seluruh negara yang menjejaskan pelbagai perkhidmatan awam termasuk sekolah dan perkhidmatan kereta api di Perancis.
- Pengumuman penutupan dibuat menerusi laman web rasmi Menara Eiffel.
- Kira-kira 80,000 orang dijangka berarak di Paris menjelang pilihan raya presiden.
- Pihak berkuasa Paris melarang laluan perarakan asal dan mengalihkannya ke timur bandar.
- Kementerian Dalam Negeri mengerahkan 70,000 pegawai polis dan pasukan keselamatan, mengancam tindakan tegas terhadap kekerasan.
Penutupan tersebut diumumkan menerusi laman web rasmi monumen berkenaan.
Kira-kira 80,000 orang dijangka berarak di ibu negara Paris, sewaktu ekonomi kedua terbesar dalam Kesatuan Eropah (EU) itu bergelut untuk memulihkan keadaan kewangannya menjelang pilihan raya presiden pada tahun hadapan.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Paris turut melarang laluan perarakan asal serta mengalihkannya ke bahagian timur bandar bagi mengelak gangguan di pusat tumpuan pelancong dan perniagaan.
Kementerian Dalam Negeri Perancis juga mengerahkan seramai 70,000 pegawai polis dan pasukan keselamatan di seluruh negara dengan amaran tindakan tegas terhadap sebarang kekerasan.- AFP