
KUALA LUMPUR, 5 November – Kos pengeluaran telur di peringkat ladang tidak semestinya menentukan penurunan harga runcit di pasaran.
- Harga runcit dipengaruhi pelbagai faktor sepanjang rantaian bekalan dan pemasaran.
- Faktor termasuk kos pengedaran dan logistik, kos operasi dan permintaan.
- Kos bahan mentah dan input ternakan, terutama makanan ternakan bergantung pada import, meningkatkan kos pengeluaran.
- Perbezaan kos pengeluaran dan harga jualan perlu dinilai menyeluruh seluruh rantaian nilai industri telur.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, harga runcit bahan makanan itu turut dipengaruhi pelbagai faktor sepanjang rantaian bekalan dan pemasaran.
“Antaranya kos pengeluaran di peringkat ladang, kos pengedaran dan logistik, kos operasi dan faktor lain, seperti permintaan.
“Penawaran dan kos pengeluaran telur sebenarnya masih dipengaruhi oleh peningkatan kos bahan mentah dan input ternakan, khususnya makanan ternakan yang sebahagian besarnya bergantung kepada bahan import,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat.
Menurut Datuk Chan, perbezaan antara kos pengeluaran dengan harga jualan runcit perlu dinilai secara menyeluruh dengan mengambil kira keseluruhan rantaian nilai industri telur, bukan hanya berdasarkan perubahan kos di peringkat ladang.