Malaysia suarakan konflik di Gaza pada TRT World Forum 2026 esok

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan sidang media selepas mengadakan pra mesyuarat bersama barisan pegawai pewakilan Malaysia di Istanbul/Foto RTM

ISTANBUL, 5 November – Malaysia akan menggunakan platform TRT World Forum 2026 di sini bagi menyuarakan pendirian negara berhubung konflik di Palestin esok, khususnya situasi kemanusiaan yang semakin membimbangkan di Gaza.

RINGKASAN BERITA AI
  • Isu Palestin masih belum selesai walaupun ada perjanjian damai; memerlukan usaha diplomatik yang lebih berkesan.
  • Turkiye berpotensi memainkan peranan lebih besar kerana hubungan diplomatik dengan Israel dan pengaruhnya terhadap Amerika Syarikat.
  • Jemputan Malaysia ke forum dilihat sebagai pengiktirafan terhadap peranan negara di peringkat antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu terbabit sehingga kini masih belum menunjukkan penyelesaian menyeluruh meskipun perjanjian damai telah dimeterai.

Tegasnya, ia memerlukan usaha diplomatik lebih berkesan bagi memastikan konflik berkenaan dapat ditamatkan.

“Turkiye berpotensi memainkan peranan lebih besar berikutan negara itu mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan pengaruhnya terhadap Amerika Syarikat (AS), selain merupakan antara negara Islam yang terkehadapan untuk menyelesaikan isu konflik di Palestin dan juga Gaza,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan pra mesyuarat bersama barisan pegawai pewakilan Malaysia dan delegasi negara di sini.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan jemputan kepada Malaysia untuk menyertai forum berkenaan sebagai satu pengiktirafan terhadap peranan negara di peringkat antarabangsa.

TRT World Forum 2026 berlangsung pada 6 dan 7 November Istanbul Congress Centre (ICC) di sini.

Platform itu bakal menghimpunkan pemimpin dunia, pembuat dasar dan tokoh antarabangsa bagi membincangkan pelbagai cabaran geopolitik serta isu global.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.