Lebih 5 juta rakyat terima manfaat STR Fasa 4 yang diagih mulai hari ini

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau persiapan sambutan Deepavali di Bazar Mega Deepavali 2026, Brickfields, hari ini./ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 November – Lebih lima juta rakyat bakal menerima manfaat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Empat berjumlah RM1.1 bilion yang mula dikreditkan secara berperingkat hari ini hingga 6 November.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyaluran STR dibuat bersempena sambutan Deepavali untuk meringankan beban kewangan rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup.
  • Bantuan terbuka kepada rakyat yang layak tanpa mengira kaum dan latar belakang bagi memastikan kesaksamaan sokongan kerajaan.
  • Perdana Menteri mengumumkan penyaluran itu semasa meninjau Bazar Mega Deepavali di Brickfields, hadir beberapa menteri kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyaluran bantuan itu dibuat bersempena sambutan Deepavali sebagai sebahagian usaha kerajaan meringankan beban kewangan rakyat, khususnya dalam mendepani peningkatan kos sara hidup.

Menurut beliau, bantuan berkenaan terbuka kepada rakyat yang layak tanpa mengira kaum dan latar belakang, sekali gus memastikan sokongan kewangan kerajaan dapat dinikmati oleh golongan sasar.

“Jadi, saya umumkan sempena Deepavali, mulai hari ini sampai 6 Nov, STR sebanyak RM1.1 bilion akan diberi kepada lebih lima juta rakyat,” katanya ketika berucap semasa meninjau Bazar Mega Deepavali 2026 di Brickfields, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan serta Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.