
KUALA LUMPUR, 4 November – Kualiti udara di seluruh negara berada pada tahap baik dan sederhana hari ini dengan tiada stesen merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi.
- 23 stesen merekodkan bacaan IPU pada tahap baik, antaranya Limbang, Miri, Paka, Temerloh dan Jerantut.
- Sebanyak 45 kawasan berada pada tahap sederhana, dengan Batu Muda merekodkan bacaan sederhana tertinggi iaitu 73.
- Kategori IPU: 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, 301 ke atas berbahaya.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) sebanyak 23 stesen merekodkan bacaan IPU pada tahap baik, antaranya Limbang (33), Miri (27) di Sarawak, Paka (29) di Terengganu, Temerloh dan Jerantut (45) di Pahang.
Sebanyak 45 kawasan lagi berada pada tahap sederhana dengan Batu Muda, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mencatatkan bacaan sederhana tertinggi, iaitu 73.
Kawasan lain di Kuala Lumpur yang mencatatkan IPU sederhana ialah Cheras dengan bacaan 58, manakala Putrajaya merekodkan bacaan 62.
Di Selangor, kawasan yang mencatatkan bacaan IPU sederhana ialah Johan Setia (72), Shah Alam (70), Klang (67), Petaling Jaya (60), Banting (59) dan Kuala Selangor (55).
Di Negeri Sembilan kawasan terjejas ialah Nilai (65), Seremban (61) dan Port Dickson (59) serta di Perak merangkumi Tasek Ipoh (68), Seri Manjung (65), Taiping (53) dan Pegoh Ipoh (51).
Di Johor, sebanyak lapan kawasan mencatatkan IPU sederhana, iaitu Pasir Gudang (64), Larkin (63), Kota Tinggi (60), Pengerang (57), Tangkak (55), Kluang (53), Segamat (52), dan Batu Pahat (52).
Sementara itu, Kelantan mencatatkan IPU sederhana di Kota Bharu (69) dan Tanah Merah (57), manakala di Pulau Pinang, kawasan terlibat ialah Seberang Perai (65), Seberang Jaya (54) dan Minden (53).
Kawasan lain yang turut mencatatkan bacaan sederhana ialah Tawau (60), Kimanis (55), Keningau (55) dan Politeknik Kota Kinabalu (53) di Sabah; Balok Baru Kuantan (60) di Pahang; Bandaraya Melaka (56) dan Bukit Rambai (53) di Melaka; Kemaman (55) dan Kuala Terengganu (55) di Terengganu; Samalaju (56), Samarahan (54), Bintulu (53), Kuching (53) dan IPD Serian (52) di Sarawak; Sungai Petani (53) di Kedah; serta Labuan (51) di Wilayah Persekutuan Labuan.
IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). – BERNAMA