MCMC siasat akaun Facebook ‘Vikke Lee’ disyaki hina Sultan Selangor

MCMC melaksanakan proses rakaman percakapan di Balai Polis Sri Petaling./ MCMC

CYBERJAYA, 3 November – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan berhubung satu kandungan yang dimuat naik menerusi akaun Facebook “Vikke Lee” yang disyaki menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hantaran disyaki mengandungi unsur jelik melampau dan sentuh sensitiviti kaum, agama serta institusi diraja (3R).
  • Rakaman percakapan dijalankan di Balai Polis Sri Petaling bagi membantu siasatan.
  • Satu telefon bimbit dan satu kad SIM individu terbabit telah disita oleh pihak berkuasa.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998; hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun.

MCMC dalam satu kenyataan media memaklumkan, hantaran berkenaan disyaki mengandungi unsur jelik melampau serta menyentuh sensitiviti berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R).

Susulan itu, proses rakaman percakapan telah dijalankan di Balai Polis Sri Petaling bagi membantu siasatan.

Pihak berkuasa turut menyita satu unit telefon bimbit dan satu kad sim milik individu berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau hukuman penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, MCMC menegaskan pihaknya memandang serius penyebaran kandungan dalam talian yang mengandungi maklumat palsu atau unsur penghinaan terhadap institusi diraja, khususnya yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Orang ramai turut diingatkan agar sentiasa menggunakan platform media sosial secara bertanggungjawab serta tidak menghasilkan atau menyebarkan sebarang kandungan yang melanggar undang-undang negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.