Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam longkang

Foto Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau

REMBAU, 2 November – Seorang wanita warga emas berusia 87 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tertiarap di dalam longkang di luar rumahnya di Kampung Tanah Datar, Chengkau, Rembau, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau menerima maklumat penemuan mayat kira-kira pukul 9.45 pagi.
  • Pemeriksaan awal di lokasi mendapati tiada unsur jenayah dikesan.
  • Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
  • Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Mangsa yang tinggal bersendirian ditemukan oleh anak lelakinya berusia 66 tahun.

Menurut Polis Diraja Malaysia, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu kira-kira pukul 9.45 pagi.

Pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah dikesan.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dengan siasatan lanjut masih diteruskan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.