Malaysia berpotensi tarik pelaburan AS$15 bilion dari China

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 2 November – Malaysia berpotensi menarik pelaburan bernilai kira-kira AS$15 bilion dari China untuk mengembangkan operasi serta meneroka peluang pelaburan di negara ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Enam sektor berpotensi dikenalpasti: E&E dan semikonduktor; bahan industri khusus; kejuruteraan berketepatan; ekonomi digital; makanan halal; teknologi kesihatan; pelancongan.
  • Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan sesi padanan perniagaan bersama bakal rakan strategik sambil membawa ketua setiausaha dan ketua pengarah agensi.
  • 58 ahli perniagaan China menyertai Mesyuarat Kerjasama Malaysia-China bagi pelaburan, perdagangan dan pemerkasaan ekonomi di ibu negara.
  • Usaha giat menarik pelabur ke Taman Perindustrian Samalaju Bintulu untuk pengeluaran produk berasaskan aluminium dan pembangunan tenaga hijau bagi bekalan elektrik kilang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, enam sektor berpotensi telah dikenal pasti bagi menarik minat pelabur dari republik berkenaan.

Enam sektor berkenaan ialah sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor, bahan industri khusus dan kejuruteraan berketepatan, ekonomi digital dan pemprosesan makanan halal, bidang teknologi kesihatan dan farmaseutikal serta pelancongan dan perhotelan.

“Mereka memilih Malaysia kerana menyedari potensi besar negara kita dalam bidang pelaburan. Saya juga mengenali kebanyakan daripada mereka, dan mereka kini lebih yakin terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

“Selepas ini, saya akan mengadakan sesi padanan perniagaan bersama bakal rakan strategik mereka. Saya turut membawa Ketua Setiausaha , Timbalan Ketua Setiausaha serta Ketua-ketua Pengarah agensi berkaitan.”

“Saya yakin, dalam tempoh satu hingga dua hari keberadaan mereka di Malaysia, mereka telah mula mengenal pasti bidang-bidang yang berpotensi untuk diterokai serta diceburi,” katanya.

Hasrat itu dinyatakan semasa perbincangan beliau bersama dengan 58 ahli perniagaan dari China menerusi Mesyuarat Kerjasama Malaysia-China dalam Pelaburan, Perdagangan dan Pemerkasaan Ekonomi di ibu negara, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata usaha giat sedang dilaksanakan bagi menarik pelabur dari China untuk melabur di Taman Perindustrian Samalaju, Bintulu, Sarawak, khususnya dalam pengeluaran produk berasaskan aluminium untuk pasaran antarabangsa.

“Ini kerana pasaran Malaysia agak kecil. Pelaburan yang dirancang bukan sahaja melibatkan pembinaan kilang pembuatan, malah turut merangkumi pembangunan tenaga hijau bagi membekalkan tenaga elektrik kepada kilang berkenaan. Usaha ini mampu memberikan manfaat besar kepada Sarawak,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.