Gempa bumi magnitud 5.1 di Kepulauan Tanimbar

Foto FB Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR, 2 November – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 dikesan berlaku di Rantau Kepulauan Tanimbar, Indonesia pada pukul 8.53 pagi Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Maklumat MetMalaysia menyatakan pusat gempa pada koordinat 7.2 darjah selatan, 130.2 darjah timur.
  • Gempa tercatat pada kedalaman 116 kilometer.
  • Pusat gempa kira-kira 442 kilometer ke tenggara Ambon, Indonesia.
  • MetMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Menurut maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berlaku pada koordinat 7.2 darjah selatan dan 130.2 darjah timur, dengan kedalaman 116 kilometer.

Pusat gempa bumi itu terletak kira-kira 442 kilometer ke tenggara Ambon, Indonesia.

MetMalaysia memaklumkan, gempa bumi berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.