
KUALA LUMPUR, 2 November – Selangor Red Giants (SRG) membuktikan kehebatan apabila mendominasi saingan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia selepas muncul juara kali kenam berturut-turut selepas menewas Team Rey 4-3 pada aksi akhir yang berlangsung Stadium Juara, Bukit Kiara di sini pada Ahad.
- Perlawanan akhir berlanjutan hingga permainan ketujuh selepas kedua-dua pasukan saling bangkit dan mengikat kedudukan berkali-kali.
- Ketua jurulatih Arcadia memuji semangat, ketenangan dan pengalaman berguna pasukan walaupun berdepan kekalahan dalam beberapa permainan.
- Kedua-dua pasukan memperoleh tiket ke Kejohanan Dunia M8 di Istanbul tahun depan selepas melangkah ke aksi akhir.
Pada aksi akhir itu, SRG dipaksa berhempas pula sehingga permainan ketujuh sebelum menundukkan Team Rey.
SRG yang dbimbing oleh Michael Angelo Bocado atau lebih dikenali sebagai Arcadia bermula dengan yakin apabila memenangi pertama.
Team Rey kemudian menyamakan kedudukan apabila memenangi pemainan kedua abi mengikat kedudukan 1-1.
SRG bangkit di permainan ketiga bagi
menjdikan kedudukan 2-1 sebelum Team Rey kembali menyamakan kedudukan pada permainan ketiga.
SRG kemudiannya kembali mendahului 3-2 pada perlawanan berikutnya. Team Rey bangkit untuk mengikat kedudukan 3-3 menyebabkan perlawanan dilanjutkan ke perlawanan ketujuh bagi menobatkan pemenang.
Faktor pengalaman dan ketenangan memisahkan kedua-dua pasukan apabila SRG memenangi permainan dengan 4-3.
Sementara itu, Ketua jurulatih SRG, Michael Angelo Bocado atau lebih dikenali sebagai Arcadia menyifatkan perlawanan berkenaan sebagai menghiburkan selain pengalaman buat pasukannya, selepas Team Rey memberikan saingan hebat sehingga mengheret perlawanan sehingga ke aksi penentuan.
“Sudah agak lama kami tidak beraksi dalam saingan liga tempatan dan saya sangat gembira serta teruja sepanjang perlawanan berlangsung.
“Setiap kali kami tewas dalam sesuatu perlawanan, pemain tidak patah semangat, sebaliknya terus bersemangat untuk meneruskan saingan.
“Saya anggap ini pengalaman yang sangat menyeronokkan dan kami gembira kerana perlawanan berlanjutan sehingga permainan ketujuh. Pengalaman ini sangat berguna sebagai persediaan menghadapi saingan di peringkat antarabangsa”, ujarnya.
Kedua-dua pasukan turut memperoleh tiket ke Kejohanan Dunia M8 yang bakal berlangsung di Istanbul, Türkiye, tahun depan selepas berjaya melangkah ke pentas akhir MPL Malaysia Musim Ke-18.