ARPRM platform perkasa bakat belia

Foto RTM

LABUAN, 1 November – Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) berpotensi sebagai platform penting dalam pembangunan bakat golongan belia menerusi pelbagai aktiviti pembangunan diri selain memberi pengiktirafan terhadap pencapaian, kemahiran dan penglibatan aktif golongan remaja.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program bertaraf antarabangsa memberi peluang peserta kembangkan potensi melalui cabaran dan komponen berdasarkan tahap penyertaan.
  • Majlis Pentauliahan Perak dan Gangsa ARPRM 2026 Wilayah Persekutuan Labuan disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan Mahanum Fauzi.
  • Sijil penghargaan disampaikan kepada pemimpin, badan operasi dan pemimpin baharu yang melengkapkan semua komponen Perak dan Gangsa.
  • ARPRM inisiatif strategik Kementerian Belia dan Sukan serta sebahagian daripada The Duke of Edinburgh’s International Award Foundation Asia Pasifik.

Program bertaraf antarabangsa yang disertai lebih 60 negara itu memberi peluang kepada peserta untuk mengembangkan potensi diri menerusi cabaran dan komponen yang ditetapkan mengikut tahap penyertaan.

Di Labuan, Majlis Pentauliahan Perak dan Gangsa Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda 2026 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan disempurnakan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Mahanum Fauzi.

Pada majlis itu turut disampaikan penyampaian sijil penghargaan kepada pemimpin dan badan operasi serta pemimpin baharu ARPRM yang berjaya melengkapkan semua komponen bagi tahap Perak dan Gangsa.

Pentauliahan itu bukan sahaja mengiktiraf usaha serta pencapaian peserta, sebaliknya menjadi galakan kepada badan operasi untuk terus melahirkan lebih ramai belia yang berkualiti dan berkemahiran.

ARPRM merupakan inisiatif strategik di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS)serta sebahagian daripada rangkaian The Duke of Edinburgh’s International Award Foundation bagi rantau Asia Pasifik.

Program turut berperanan memperluas hubungan antara pegawai, pemimpin dan peserta, sekali gus membina jaringan belia lebih kukuh.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.