Rusia lanjutkan larangan eksport diesel sehingga akhir Januari 2027

Foto hiasan janaan AI

MOSCOW, 1 November – Kerajaan Rusia sedang menyediakan langkah untuk melanjutkan larangan eksport diesel sehingga akhir Januari 2027, dengan pengecualian tertentu bagi pasaran global, kata Timbalan Perdana Menteri Alexander Novak, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan melanjutkan larangan eksport sementara diesel, bahan api marin dan minyak gas oleh pengeluar langsung sehingga akhir Oktober.
  • Rusia mula melonggarkan larangan eksport diesel lebih awal daripada jadual.
  • Tiga kapal tangki diesel dihantar ke Amerika Syarikat; syarikat dibenarkan eksport 500,000 tan pada Oktober berdasarkan perjanjian.

“Ya, satu dekri kerajaan sedang digubal ketika ini bagi melanjutkan larangan penghantaran diesel sehingga akhir Januari tahun depan, iaitu untuk tempoh kira-kira tiga bulan. Bagaimanapun, seperti sebelum ini, pengecualian tertentu akan diberikan bagi bekalan ke pasaran global,” kata Novak kepada pemberita pada Jumaat.

Terdahulu pada Jumaat, Kerajaan Rusia melanjutkan larangan eksport sementara diesel, bahan api marin dan minyak gas oleh pengeluar langsung sehingga akhir Oktober.

Larangan umum eksport bahan api kekal berkuat kuasa di Rusia sehingga 31 Jan 2027, meskipun sekatan khusus terhadap pengeluar bahan api sebelum ini dijadualkan tamat pada 30 Sept.

Novak memberitahu TASS bahawa Rusia mula melonggarkan larangan eksport diesel lebih awal daripada jadual.

Beliau berkata Rusia menghantar tiga kapal tangki yang membawa diesel keluaran negara itu ke Amerika Syarikat manakala kapal tangki keempat dijadualkan berlepas pada 29 Okt.

Syarikat Rusia dibenarkan mengeksport sebanyak 500,000 tan diesel pada Oktober berdasarkan perjanjian pembekalan ke AS dan pasaran global.- BERNAMA-TASS

 

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.