Program saringan kesihatan wartawan bantu kesan penyakit lebih awal

Foto BERNAMA

PETALING JAYA, 31 Oktober – Usaha memperluas akses saringan kesihatan dalam kalangan pengamal media diperkasa menerusi pelancaran Program Saringan Kesihatan Wartawan oleh Yayasan Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL), hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program bantu wartawan mengesan penyakit tidak berjangkit pada peringkat awal supaya rawatan dapat diberikan lebih segera.
  • Kerajaan komited bekerjasama dengan badan berkaitan dan Majlis Media Malaysia untuk memperluas pelaksanaan saringan kesihatan.
  • Pelaksanaan akan meneliti cabaran akses di Sabah, Sarawak dan kawasan luar Lembah Klang supaya lebih ramai wartawan mendapat manfaat.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, inisiatif itu penting bagi membantu wartawan mengesan penyakit tidak berjangkit pada peringkat awal, sekali gus membolehkan rawatan diberikan dengan lebih segera.

“Isu yang melibatkan kesihatan bagi para wartawan antara isu yang penting sama ada untuk mengenal pasti masalah penyakit tidak berjangkit yang kalau dikesan awal kita boleh usahakan bantuan yang lebih awal dan bantu elakkan keadaan yang tidak begini dari berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Saringan Kesihatan Wartawan anjuran Yayasan CVSKL di sini hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Yayasan CVSKL serta pihak yang terlibat dalam merealisasikan kemudahan berkenaan untuk manfaat pengamal media.

Kerajaan komited bekerjasama dengan yayasan berkenaan dan Majlis Media Malaysia sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2027 bagi memperluas pelaksanaan saringan kesihatan kepada lebih ramai wartawan.

Lebih 12,000 wartawan berdaftar dengan Jabatan Penerangan Malaysia memiliki kad perakuan media dan diharap dapat memanfaatkan inisiatif berkenaan.

Pihaknya akan berbincang dengan Majlis Media Malaysia dan organisasi media bagi meneliti kesesuaian pelaksanaan program itu, mengambil kira cabaran akses bagi pengamal media di Sabah, Sarawak dan kawasan luar Lembah Klang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.