
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di 10 negeri sehingga 8 malam ini.
- Kawasan terjejas di Kedah: Kulim, Bandar Baharu, Padang Terap, Sik dan Baling.
- Pulau Pinang: Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Utara.
- Perak: Kampar, Kinta, Kuala Kangsar, Selama, Larut Matang, Perak Tengah, Manjung dan Kerian.
- Amaran dikeluarkan apabila hujan melebihi 20 milimeter sejam dan merupakan amaran jangka pendek sah sehingga enam jam.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan hari ini, kawasan terlibat ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.
Di Kedah, kawasan terlibat ialah Kulim, Bandar Baharu, Padang Terap, Sik dan Baling, manakala di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Utara.
Di Perak, kawasan dijangka terjejas ialah Kampar, Kinta, Kuala Kangsar, Selama, Larut Matang, Perak Tengah, Manjung dan Kerian.
Amaran sama turut melibatkan Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Mas dan Gua Musang di Kelantan serta Hulu Terengganu, Dungun, Besut dan Setiu di Terengganu.
Di Pahang, kawasan terlibat ialah Maran, Bera, Rompin dan Temerloh, manakala di Selangor membabitkan Sepang, Kuala Langat, Klang dan Petaling.
Di Johor, amaran dikeluarkan bagi kawasan Kluang, Mersing dan Segamat.
Sementara itu, di Sarawak, kawasan terlibat ialah Song di Kapit, Marudi di Miri dan Limbang.
Di Sabah, amaran melibatkan kawasan Pedalaman, Tuaran, Penampang, Papar, Putatan, Kota Kinabalu dan Ranau di Pantai Barat serta Tongod, Paitan, Telupid, Sandakan dan Labuk dan Sugut di Sandakan.
Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan kejadian ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku melebihi satu jam.
Amaran berkenaan merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.