
SHAH ALAM, 31 Oktober – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil hadir merasmikan sambutan Hari Kurier Negara 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor (SITC), di sini hari ini.
- Pemeteraian Memorandum Kolaborasi bagi perkongsian rangkaian kurier melalui konsep bukti untuk perkhidmatan penghantaran peringkat akhir.
- Pelancaran inisiatif Parcel Shield untuk membanteras penipuan dan scam dalam perkhidmatan kurier.
- Penyampaian anugerah industri termasuk kategori Majikan Kurier Terbaik dan Cabaran Pemanduan Selamat.
- Kehadiran wakil MCMC, NSRC, AMEC serta syarikat kurier utama seperti Pos Malaysia, City-Link, GD Express, J&T dan Skynet.
Majlis sambutan menyaksikan pemeteraian Memorandum Kolaborasi (MOC) bagi perkongsian rangkaian kurier menerusi pelaksanaan konsep bukti (Proof of Concept) perkhidmatan penghantaran peringkat akhir (last mile).
Selain itu, insiatif Parcel Shield bagi membanteras penipuan atau scam turut dilancarkan.
Pelancaran insiatif berkenaan disempurnakan oleh Datuk Seri Fahmi, bersama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah.
Sambutan Hari Kurier 2026 akan turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada warga industri kurier menerusi kategori Majikan Kurier Terbaik dan Cabaran Pemanduan Selamat.
Turut hadir sama pada sambutan berkenaan ialah wakil daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC), Persatuan Syarikat Penghantaran Ekspres Malaysia (AMEC) serta Presiden Persatuan Syarikat Penghantaran Ekspres Malaysia, Ronald Tan.
Selain itu, wakil daripada beberapa syarikat perkhidmatan kurier utama negara turut hadir antaranya Pos Malaysia, City-Link, GD Express, J&T Express dan Skynet Worldwide.