Senegal cipta sejarah anjur Olimpik Remaja pertama di Afrika

Foto AFP

DAKAR, 31 Oktober – Senegal mencipta sejarah apabila menjadi negara Afrika pertama menganjurkan Sukan Olimpik Remaja (YOG) yang membuka tirainya hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Temasya dua minggu dijangka menghimpunkan 2,700 atlet bawah 17 tahun dari pelbagai negara dalam 25 jenis sukan.
  • Pertandingan diadakan di lapan venue di tiga lokasi: Dakar, Diamniadio dan Saly; Senegal menghantar 136 atlet.
  • Acara termasuk olahraga, gusti pantai, ragbi tujuh sebelah dan breaking; atlet Rusia kembali menyertai.
  • Penganjuran berlaku ketika krisis ekonomi, namun kerajaan melihatnya sebagai peluang membangunkan infrastruktur dan mempromosi Dakar.

Temasya selama dua minggu itu dijangka menghimpunkan 2,700 atlet berusia 17 tahun ke bawah dari pelbagai negara yang akan bersaing dalam 25 jenis sukan.

Sebanyak lapan venue di tiga lokasi, iaitu Dakar, Diamniadio dan Saly, akan menjadi gelanggang pertandingan. Senegal turut menghantar 136 atlet untuk beraksi.

Antara acara dipertandingkan ialah olahraga, gusti pantai, ragbi tujuh sebelah dan breaking. Atlet Rusia juga kembali menyertai temasya itu selepas sebelum ini dikenakan larangan.

Penganjuran edisi keempat YOG bagaimanapun berlangsung ketika Senegal berdepan krisis ekonomi, hutang tinggi, peningkatan kos sara hidup dan pengangguran.

Walaupun sambutan mula dirasai di ibu negara, ramai penduduk masih memberi tumpuan kepada masalah ekonomi yang dihadapi.

Kerajaan Senegal melihat temasya itu sebagai peluang membangunkan infrastruktur, meningkatkan kemahiran tenaga kerja serta mempromosikan Dakar sebagai destinasi utama di Afrika.

Presiden Senegal, Bassirou Diomaye Faye berkata, ketika menerima obor YOG pada 12 September lalu bahawa temasya itu menjadi peluang untuk membuktikan keupayaan dan potensi belia Afrika.

Obor berkenaan kemudian menjelajah sejauh 3,600 kilometer merentasi kesemua 14 wilayah di Senegal. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.