256 rakyat Colombia terbunuh dalam perang Rusia-Ukraine

Foto AFP

BOGOTA, 30 Oktober – Seramai 256 warga Colombia terbunuh manakala, 973 lagi dilaporkan hilang dalam peperangan antara Rusia dan Ukraine.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rakyat Colombia terbunuh dan dilaporkan hilang akibat penglibatan mereka dalam perang Rusia-Ukraine.
  • Sebahagian terbunuh di medan perang Ukraine (162) manakala 94 lagi dilaporkan terbunuh berjuang bagi pihak Rusia.
  • Warga Colombia sering direbut untuk disertakan dalam konflik luar kerana pengalaman ketenteraan luas dari perang dalaman.
  • PBB anggar sekurang-kurangnya 10,000 bekas tentera upahan Colombia terlibat di luar negara, sering bekerja dalam keadaan tidak berperikemanusiaan.

Menurut Kementerian Luar Colombia pada Khamis memaklumkan kesemua warganya itu terlibat dalam peperangan antara dua negara tersebut.

Daripada jumlah keseluruhan yang terkorban, seramai 162 orang terbunuh di medan perang Ukraine sementara, 94 lagi ketika berperang bagi pihak Rusia.

Rakyat Colombia dikenali dan menjadi rebutan pihak tertentu untuk menyertai peperangan di seluruh dunia berikutan pengalaman ketenteraan mereka yang luas dalam konflik bersenjata dalaman negara itu yang berlarutan dan penuh keganasan.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Migrasi Colombia, Pedro Agustín Roa menasihatkan agar rakyatnya berhati-hati dengan tawaran pekerjaan di luar negara khususnya berkaitan aktiviti ketenteraan.

“Mereka yang memutuskan untuk meninggalkan negara ini bagi menyertai konflik bersenjata antarabangsa, terdapat terhadap perlindungan dan bantuan konsular di kawasan konflik,” katanya.

Dalam pada itu, Ukraine turut mencatatkan jumlah kehilangan rakyat yang lebih tinggi iaitu seramai 666 orang berbanding 297 orang di pihak Rusia.

Kyiv menegaskan bahawa pengambilan warga asing untuk menyertai pasukan tenteranya adalah sah di sisi undang-undang.

Manakala, Moscow menafikan sebarang kaitan dengan rangkaian merekrut bagi tujuan peperangan tersebut.

Bagaimanapun, keluarga di Colombia mendakwa insan tersayang mereka yang berada di medan perang mengalami layanan yang buruk.

Dengan latihan ketenteraan selama beberapa dekad untuk menghadapi kumpulan gerila bersenjata yang kuat dan kartel dadah di kawasan hutan serta pergunungan, anggota tentera Colombia sering menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan selepas bersara daripada perkhidmatan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sekurang-kurangnya 10,000 bekas anggota tentera upahan Colombia kini terlibat dalam konflik di luar negara, tertarik dengan janji palsu mengenai gaji lumayan dan jaminan keselamatan.

Dalam kebanyakan kes, mereka terpaksa bekerja dalam ‘keadaan tidak berperikemanusiaan’.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.