Feri bawa 58 penumpang hampir karam di Filipina

Sebuah feri jenis RORO hampir karam di ketika berlabuh di Pelabuhan Real, Filipina/Foto Philippine Coast Guard

MANILA, 30 Oktober – Sebuah feri penumpang hampir karam selepas senget ke sebelah kanan ketika menghampiri pelabuhan di wilayah Quezon, Filipina, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • 58 orang termasuk dua bayi, 40 penumpang dan 18 kru berjaya diselamatkan dalam operasi pemindahan.
  • Empat individu dilaporkan mengalami kecederaan ringan.
  • Tali tambatan dipercayai terputus ketika menurunkan penumpang; siasatan dijalankan dan penghadang dipasang untuk cegah tumpahan 1,300 liter diesel.

Insiden membabitkan feri MV Virgen de Penafrancia II itu berlaku kira-kira pukul 12.44 tengah malam waktu tempatan, ketika kapal berada hanya 10 meter dari Pelabuhan Real.

Kesemua 58 individu termasuk dua bayi, membabitkan 40 penumpang dan 18 kru, berjaya diselamatkan dalam operasi pemindahan kira-kira pukul 3.30 pagi.

Bagaimanapun, empat individu dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Menurut pihak berkuasa, tali tambatan kapal dipercayai terputus ketika proses menurunkan penumpang dan kenderaan.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan Pengawal Pantai Filipina.

Dalam pada itu, pihak berkuasa turut memasang penghadang bagi membendung kemungkinan tumpahan minyak selepas kapal berkenaan dilaporkan membawa kira-kira 1,300 liter diesel marin. – VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.