
KUALA LUMPUR, 29 Oktober — Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di lima negeri sehingga 12 tengah hari ini.
- Negeri terlibat: Perlis, Kedah, Terengganu, Pahang dan Johor.
- Kawasan di Kedah terjejas: Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar.
- Di Terengganu: Kemaman, Dungun dan Marang; Pahang: Rompin; Johor: Mersing.
- Amaran dikeluarkan jika hujan melebihi 20 milimeter sejam dan dijangka berterusan lebih satu jam; sah tidak melebihi enam jam setiap keluaran.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Terengganu, Pahang dan Johor.
Di Kedah, kawasan dijangka terjejas ialah Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar, manakala di Terengganu membabitkan Kemaman, Dungun dan Marang.
Di Pahang, amaran melibatkan Rompin, sementara di Johor membabitkan Mersing.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih satu jam.
Amaran itu merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.