
KOTA BHARU, 29 Oktober — Kira-kira 200 kilogram (kg) beras putih yang disyaki diseludup dari Thailand dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pengkalan Haram Jitong, Pasir Mas, semalam.
- Rampasan melibatkan lapan kampit beras 25 kg setiap satu, nilai anggaran RM800.
- Ditemui di tebing sungai semasa rondaan bermotosikal kira-kira 4.30 petang.
- Tiada tangkapan; barang diserahkan kepada Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Kelantan untuk siasatan di bawah Seksyen 20 Akta 1994.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain, berkata rampasan itu dilakukan kira-kira 4.30 petang ketika anggota menjalankan rondaan bermotosikal di kawasan berkenaan.
“Hasil pemeriksaan mengesan beberapa guni putih di tebing sungai sebelum mendapati guni berkenaan mengandungi beras.
“Rampasan membabitkan lapan kampit beras seberat 25 kg setiap satu, dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM800,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Menurut Ahmad Radzi, tiada tangkapan dilakukan dan rampasan diserahkan kepada pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut
Kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994.