
GEORGE TOWN, 28 Oktober -Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan api dengan membakar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) pada Mei lalu.
- Kejadian didakwa berlaku kira-kira pukul 4.01 pagi, 3 Mei, di tempat letak kereta Blok 247, Taman Cemerlang, Jalan Perak.
- Perbuatan didakwa sebagai khianat dengan api bertujuan menyebabkan kerosakan terhadap kenderaan milik seorang lelaki berusia 34 tahun.
- Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
- Mahkamah benarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin; syarat tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Tertuduh, S. Hari Ram, 39 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 4.01 pagi, 3 Mei lalu, di tempat letak kereta Blok 247, Taman Cemerlang, Jalan Perak, dalam daerah Timur Laut.
Tertuduh didakwa melakukan khianat dengan api dengan niat menyebabkan kerosakan terhadap itu milik seorang lelaki berusia 34 tahun.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan syarat supaya dia tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 2 Disember ini bagi penyerahan fakta kes dan penetapan
hukuman.
Sebelum ini pada 3 Mei lalu media melaporkan, lima kenderaan yang diletak di kawasan parkir sebuah pangsapuri di Jalan Perak, musnah dijilat api.