Tanah runtuh: Pemaju perlu bertanggungjawab

Chow Kon Yeow (tengah) diberi penerangan mengenai tanah runtuh oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah (kiri) semasa membuat lawatan ke lokasi tanah runtuh di Taman Seri Rambai, Paya Terubong/ BERNAMA

GEORGE TOWN, 27 Oktober – Pemilik tanah dan pemaju projek kondominium serta jalan di kawasan cerun berhampiran lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Seri Rambai, Paya Terubong di sini perlu bertanggungjawab, termasuk implikasi undang-undang dan kerja mitigasi bagi memastikan keselamatan kawasan terjejas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak terjejas berhak memulakan tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab.
  • Ketua Menteri Chow Kon Yeow meninjau lokasi kejadian dan memberi kenyataan kepada pemberita.
  • MBPP mengeluarkan arahan henti kerja segera dan beri tujuh hari kepada pemaju untuk pelan mitigasi.
  • Seorang doktor maut tertimbus dalam tanah runtuh manakala isteri dan ibu mentua berjaya menyelamatkan diri.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menegaskan, pihak berkaitan perlu bertanggungjawab ke atas insiden itu memandangkan ia berlaku atas tanah milik pemaju.

“Mana-mana pihak yang terjejas berhak mengambil tindakan sewajarnya kerana negara ini tidak menghalang mana-mana pihak daripada memulakan tindakan undang-undang sekiranya mereka terkesan akibat tindakan atau perbuatan pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Seri Rambai, Paya Terubong di sini.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengeluarkan arahan henti kerja serta-merta dan memberikan tempoh tujuh hari kepada pemaju untuk mengemukakan pelan mitigasi bagi menangani risiko keselamatan di tapak berkenaan.

Dalam kejadian pada 8.36 pagi Ahad lepas, seorang doktor Wong Kar Lin, 73, maut selepas tertimbus akibat tanah runtuh yang menjejaskan rumahnya manakala isterinya Chang Mei Nuo, 68, dan ibu mentuanya Wong Poh Lim, 80-an berjaya menyelamatkan diri.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.