
KUALA LUMPUR, 25 Oktober – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan baginda.
- Hantaran di Facebook digunakan untuk menyampaikan ucapan dan doa rasmi.
- Mendoakan agar Sultan Sharafuddin sentiasa dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan oleh Allah SWT.
- Berdoa agar Baginda kekal qarar dan terus memayungi rakyat Selangor dengan keadilan dan saksama.
- Ucapan rasmi dihiasi lafaz penghormatan: "Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku".
Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar turut mendoakan agar Sultan Sharafuddin sentiasa dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan oleh Allah SWT.
“Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Tahniah sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya.
“Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Baginda Tuanku terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan serta kekal qarar memayungi rakyat negeri Selangor dengan adil dan saksama..
“Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku,” menurut hantaran Datuk Seri Anwar di Facebook.