30 set bubu naga dirampas

Rampasan kesemua bubu naga ketika rondaan penguatkuasaan Maritim Malaysia Perak 

LUMUT, 23 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak merampas 30 set bubu naga (bubu kambang) ketika melakukan rondaan penguatkuasaan, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anggota menemui bendera dan pelampung diikat pada pancang kayu sebagai tanda mencurigakan di permukaan air.
  • Penanda itu digunakan untuk menandakan lokasi pemasangan bubu naga.
  • Bubu dipercayai dipasang oleh individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab.
  • Kes bubu dirampas, diserahkan kepada pegawai penyiasat dan disiasat bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki mengesahkan rampasan dilaksana pada kedudukan kira-kira 4.0 batu nautika barat daya Pulau Talang.

“Pengesanan dibuat selepas anggota menemui beberapa bendera serta pelampung yang diikat pada pancang kayu dalam keadaan mencurigakan di permukaan air.

“Hasil pemeriksaan mendapati penanda tersebut digunakan untuk menandakan lokasi pemasangan bubu naga yang dipercayai dipasang oleh individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab.

“Kesemua bubu naga berkenaan dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,”katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.