Ligue 1: PSG terpaksa bangkit sebelum menang

Foto AFP

PARIS, 18 Oktober – Paris Saint-Germain (PSG) bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Strasbourg 3-1 dalam aksi Ligue 1 Perancis di Stade de la Meinau, pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ousmane Dembele meledak gol pada minit ke-85 selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti sebelumnya.
  • Illia Zabarnyi menyamakan kedudukan pada minit ke-78 hasil hantaran Dembele.
  • Desire Doue melengkapkan kemenangan dengan gol ketiga pada masa kecederaan.
  • PSG kini mengumpul 14 mata daripada tujuh perlawanan, berkongsi dengan Monaco tetapi mendahului carta berdasarkan jumlah gol.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan skuad kendalian Luis Enrique itu kembali merampas kedudukan teratas liga.

Penyerang sensasi Perancis, Ousmane Dembele muncul watak penting apabila meledak gol pada minit ke-85 selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti sebelum itu.

Strasbourg terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Giovanni Reyna pada minit ke-17, sebelum Illia Zabarnyi menyamakan kedudukan buat PSG pada minit ke-78 hasil hantaran Dembele.

Dembele kemudian meletakkan PSG di hadapan menerusi rembatan pada minit ke-85, sebelum Desire Doue melengkapkan kemenangan pasukan pelawat dengan gol ketiga pada masa kecederaan.

Kemenangan itu menyaksikan PSG meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam Ligue 1 dan keenam berturut-turut dalam semua pertandingan, termasuk Liga Juara Eropah.

PSG kini mengumpul 14 mata daripada tujuh perlawanan, berkongsi mata dengan Monaco tetapi mendahului carta berdasarkan jumlah gol yang dijaringkan.

Monaco berpeluang merampas kedudukan teratas apabila menentang Lorient pada Ahad.

Pada perlawanan berkenaan, pengendali PSG Luis Enrique membuat lapan perubahan dalam kesebelasan utama berbanding pasukan yang menewaskan Manchester City 4-2 dalam aksi Liga Juara Eropah tempoh hari.

Perubahan taktikal itu merupakan sebahagian persiapan menghadapi Barcelona pada pertengahan minggu.

Strasbourg memanfaatkan perubahan itu untuk mendahului perlawanan menerusi Reyna menyudahkan hantaran Gessime Yassine dengan rembatan rendah pada minit ke-17.

Bermula babak kedua, PSG kemudian meningkatkan asakan dan berjaya mendapatkan penalti selepas bola terkena salah seorang pemain Strasbourg dalam kawan penalti.

Namun Dembele melepaskan peluang untuk menyamakan kedudukan apabila sepakannya tersasar.

Bagaimanapun, pemenang Ballon d’Or tahun lalu itu bangkit memperbaiki kesilapan dengan membantu Zabarnyi menjaringkan gol penyamaan sebelum meledak gol pendahuluan PSG.

Dembele kemudian memainkan peranan dalam gerakan gol Doue pada masa kecederaan untuk memastikan PSG membawa pulang tiga mata. – AFP.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.