
COLOMBO, 17 Oktober – Sri Lanka mengalami gangguan bekalan elektrik di seluruh negara pada Sabtu selepas sistem grid nasional terputus, dipercayai akibat penjanaan tenaga solar yang melebihi penggunaan, menurut pegawai.
- Bekalan elektrik terputus lebih dua jam, tanpa tempoh pemulihan yang dapat dipastikan.
- EDL berkata jurutera sedang membaiki kerosakan yang menjejaskan keseluruhan grid.
- Menteri minta pemilik sistem solar bumbung putus sambungan; bekalan diharap dipulihkan secara berperingkat.
Negara itu terputus bekalan elektrik daripada grid selama lebih dua jam, tanpa tempoh pemulihan bekalan yang dapat dipastikan setakat ini.
Syarikat pengagihan elektrik milik kerajaan, Electricity Distribution Lanka (EDL), berkata jurutera sedang berusaha membaiki kerosakan yang menjejaskan keseluruhan grid, dengan lebihan tenaga solar dipercayai menjadi punca gangguan itu.
Menteri Tenaga, Anura Karunathilaka, berkata pihak berkuasa berharap bekalan elektrik dapat dipulihkan secara berperingkat.
“Kami meminta pemilik sistem solar bumbung supaya memutuskan sambungan sistem masing-masing sehingga arahan lanjut dikeluarkan bagi membantu usaha pemulihan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.
Grid elektrik negara itu turut mengalami gangguan pada Februari 2025 apabila penjanaan tenaga solar melebihi permintaan elektrik pada Ahad.
Bekalan elektrik ketika itu mengambil masa lebih enam jam untuk dipulihkan.-AFP