YDP Agong berkenan sambut keberangkatan Raja-Raja ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke -273

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-273 di Istana Negara/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 Oktober – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyambut keberangkatan tiba Raja-Raja untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-273 di Istana Negara hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mesyuarat hari pertama dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
  • Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin, Sultan Kedah Sultan Sallehuddin dan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah hadir.
  • Turut hadir Yang Dipertua Negeri, Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri serta Timbalan Premier Sarawak.

Mesyuarat hari pertama berkenaan dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Yang turut berangkat Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berangkat sama Pemangku Raja Terengganu Tengku Muhammad Ismail, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Mesyuarat itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Rustam, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib.

Selain itu, Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri, serta Timbalan Premier Sarawak turut hadir pada mesyuarat berkenaan.

Kali terakhir mesyuarat itu diadakan pada 11 dan 12 Feb lepas, dipengerusikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.- BERNAMA

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.