Tiga remaja melecur terkena renjatan elektirk

Lokasi kejadian tiga remaja lelaki melecur terkena renjatan elektrik ketika menyertai perarakan keagamaan Tokong Sayur penganut Tow Boo Keong di Mergong, Alor Setar/ Polis Kota Setar

ALOR SETAR, 14 Oktober – Tiga remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun cedera akibat terkena renjatan elektrik ketika membawa bendera menyertai perarakan keagamaan Tokong Sayur penganut Tow Boo Keong di Mergong, di sini pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiang bendera perarakan tersentuh talian utama bekalan elektrik pada anggaran 10 meter, menyebabkan tiga peserta terkena renjatan elektrik.
  • Khor Zhi Kang melecur 80% seluruh badan dan masih tidak sedar; Lim Zi Lum melecur 40% muka dan tangan; Jaden Beh Shin melecur 20% tangan.
  • Kesemua mangsa sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Syed Basri Syed Ali dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian tersebut pada pukul 9.20 malam.

“Temu bual bersama Pegawai Penyelaras Kawalan Keselamatan Perarakan Tokong Sayur, Inspektor Siti Nur Hajidah Shaifulizan memaklumkan bahawa tiga lelaki telah terkena renjatan elektrik apabila tiang bendera sembahyang Pertubuhan Tow Boo Keong yang dibawa mereka tersentuh talian utama bekalan elektrik semasa perarakan berlangsung.

“Mangsa kejadian iaitu Lim Zi Lum, 17 tahun pula memaklumkan bahawa semasa perarakan berlangsung, tiang bendera yang dibawa oleh mangsa telah tersentuh talian utama bekalan elektrik pada ketinggian dianggarkan 10 meter, menyebabkan mangsa bersama dua lagi peserta terkena renjatan elektrik,” menurut kenyataan itu.

Akibat kejadian itu, Zi Lum melecur 40 peratus pada bahagian muka dan tangan. Manakala dua lagi mangsa yang merupakan pelajar sekolah iaitu, Khor Zhi Kang, 16 tahun melecur 80 peratus di seluruh anggota badan dan masih belum sedarkan diri; sementara Jaden Beh Shin u, 17 tahun, melecur 20 peratus pada bahagian tangan.

Kesemua mangsa sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB), Alor Setar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.