Guru KAFA MBPK sambut baik insentif khas Belanjawan 2027

Foto hiasan

PUTRAJAYA, 14 Oktober – Insentif khas sebanyak RM150 sebulan kepada kumpulan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang mendidik Murid Berkeperluan Khas (MBPK) menerima reaksi positif.

RINGKASAN BERITA AI
  • Guru KAFA nilai insentif khas sebagai penghargaan dan dorongan untuk terus mendidik murid MBPK termasuk pekak dan masalah penglihatan.
  • Guru PPKI kata elaun membantu sediakan bahan sokongan serta keperluan pembelajaran sesuai dengan kepelbagaian ketidakupayaan murid.
  • JAKIM lihat insentif sebagai usaha memperkukuh pendidikan Islam untuk murid berkeperluan khas agar mendapat pendidikan setara.
  • JAKIM harap inisiatif meluaskan manfaat kepada lebih ramai murid MBPK dan rakam penghargaan kepada Kerajaan MADANI.

Jurubahasa Isyarat Kelas KAFA, Abdul Hakim Badarul Zaman berkata, inisiatif berkenaan bukan sahaja menghargai komitmen guru malah disifatkan sebagai dorongan untuk terus mendidik murid dengan amanah.

“Inisiatif ini sangat baik dan menjadi suntikan semangat kepada guru KAFA yang mengajar murid berkeperluan pendidikan khas, termasuk murid pekak dan murid yang mempunyai masalah penglihatan, untuk terus mendidik mereka,” katanya.

Bagi Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Muhammad Hakim Azhari, berkata elaun berkenaan dapat membantu guru menyediakan bahan sokongan serta keperluan pembelajaran.

“Elaun ini sedikit sebanyak dapat membantu guru menyediakan bahan sokongan dan keperluan pembelajaran yang bersesuaian dengan kepelbagaian ketidakupayaan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK),” katanya.

Smentara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, insentif berkenaan merupakan inisiatif kerajaan bagi memperkukuh pendidikan Islam untuk golongan berkeperluan khas.

“Insya-Allah, inisiatif ini akan menyuntik semangat kepada guru untuk terus mendidik murid berkeperluan pendidikan khas agar mereka mendapat pendidikan yang setara dengan murid lain, khususnya dalam pendidikan Islam.

“Ini sekali gus membolehkan mereka menjadi Muslim yang sempurna dalam mengamalkan ibadah,” katanya.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, inisiatif berkenaan diharap dapat memperluas manfaat kepada lebih ramai murid berkeperluan pendidikan khas.

“Mudah-mudahan inisiatif ini membolehkan lebih ramai murid berkeperluan pendidikan khas menikmati manfaat yang lebih luas. JAKIM merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas usaha ini,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.