PMKS digesa rebut peluang

Foto kecil di bawah, Penaung Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Kedah (PPPKM), Datuk Romli Ishak/Foto RTM

ALOR SETAR, 12 Oktober – Usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu memanfaatkan peruntukan serta insentif di bawah Belanjawan 2027 bagi memperkukuh operasi dan mengembangkan perniagaan masing-masing.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan menunjukkan keprihatinan terhadap keperluan dan kebajikan usahawan PMKS.
  • PMKS digelar tulang belakang ekonomi; kemudahan modal boleh tingkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan.
  • PPPKM merakamkan penghargaan tinggi kepada Perdana Menteri atas pengumuman Belanjawan 2027.
  • Pinjaman dan jaminan PMKS dinaikkan kepada RM57 bilion; kadar cukai pendapatan dikurangkan satu mata peratusan.

Penaung Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Kedah (PPPKM), Datuk Romli Ishak berkata, peruntukan itu mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan dan kebajikan usahawan PMKS.

“Golongan ini merupakan antara tulang belakang ekonomi rakyat. Sekiranya kemudahan dan peluang untuk mendapatkan modal ditambah baik, mereka bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan sendiri, malah berupaya menyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain.

“Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri atas pengumuman yang dibuat dalam pembentangan Belanjawan 2027 baru-baru ini,”katanya kepada wartawan RTM, di sini.

Beliau yakin penyaluran bantuan dapat dilaksanakan secara lebih teliti bagi memastikan kemudahan berkenaan dinikmati golongan yang benar-benar layak, khususnya usahawan yang aktif menjalankan perniagaan.

Dalam pembentangan itu, jumlah keseluruhan pinjaman dan jaminan untuk PMKS diumumkan meningkat kepada RM57 bilion pada 2027, berbanding RM50 bilion sebelum ini.

Selain itu, kadar cukai pendapatan PMKS turut dikurangkan sebanyak satu mata peratusan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.