
KUALA LUMPUR, 9 September – Rang Undang-Undang (RUU) E-Dagang akan dibentangkan di Parlimen pada persidangan akan datang, sebagai usaha memperkukuh akauntabiliti platform dan penjual dalam talian.
- Kerajaan prihatin terhadap keresahan peniaga kecil akibat syarikat e-dagang asing masuk pasaran tanpa pengawasan.
- Kerajaan segera meneliti langkah perundangan dan penguatkuasaan untuk melindungi kepentingan PMKS tempatan daripada persaingan tidak adil dan menjamin keselamatan barangan.
- Pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memandang serius keresahan peniaga kecil berikutan kewujudan syarikat e-dagang asing yang menyusup ke pasaran negara tanpa pengawasan dan penguatkuasaan.
“Oleh itu, kerajaan segera meneliti langkah perundangan dan penguatkuasaan bagi melindungi kepentingan PMKS tempatan daripada persaingan tidak adil, selain turut memastikan barangan yang dibeli oleh rakyat adalah selamat,” katanya.
Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan 2027 bertemakan “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” di Dewan Rakyat.