
KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Institusi Pendidkan Tinggi (IPT) di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 201 diberi autonomi menentukan mod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang bersesuaian.
- Langkah itu bertujuan mengurangkan risiko kesihatan dan memastikan pembelajaran mahasiswa diteruskan.
- KPT mengarahkan semua IPT memantau bacaan IPU di lokaliti masing-masing.
- Aktiviti luar perlu dinilai dan disesuaikan; rujuk maklumat rasmi JAS serta patuhi panduan pengurusan IPT.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini, langkah itu bagi mengurangkan risiko kesihatan selain memastikan pembelajaran mahasiswa diteruskan.
KPT turut mengarahkan semua IPT di bawah seliaanya supaya memantau bacaan IPU di lokaliti masing-masing.
Jelas kenyataan itu lagi, aktiviti luar turut perlu dinilai dan disesuaikan berdasarkan bacaan IPU semasa.
“Warga IPT diingatkan supaya merujuk maklumat rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta mematuhi panduan pengurusan IPT masing-masing,” menurut kenyataan sama.