Gempa bumi Sandakan: Tiada kerosakan, kecederaan dilaporkan

Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah

TAWAU, 7 Oktober – Tiada kerosakan struktur, runtuhan, kebakaran atau kecederaan dilaporkan susulan kejadian gempa bumi sederhana di perairan Sandakan, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM Tawau menjalankan rondaan dan pemantauan di Zon 5 termasuk pemeriksaan bangunan; operasi melibatkan BBP Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.
  • Gempa berlaku di perairan Sandakan, kira-kira 48 kilometer ke timur Lahad Datu.
  • Orang awam dinasihatkan berwaspada terhadap gegaran susulan dan segera memaklumkan sebarang kerosakan atau kecemasan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan Zon 5, termasuk pemeriksaan terhadap bangunan-bangunan di sekitar kawasan berkenaan.

Menurut JBPM Sabah, rondaan turut melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Gempa bumi sederhana berkenaan berlaku di perairan Sandakan, kira-kira 48 kilometer timur Lahad Datu.

Seramai 13 anggota BBP Tawau terlibat dalam operasi yang bermula pada 10 malam dan tamat pada 10.23 malam.

Hasil pemeriksaan mendapati keadaan adalah terkawal dan tiada sebarang kerosakan atau kejadian kecemasan dilaporkan.

Orang awam turut dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan berlaku gegaran susulan serta segera memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat kerosakan atau kecemasan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.