Hampir 40% sisa pepejal harian adalah sisa makanan

Foto janaan AI

KUALA LUMPUR, 5 Oktober – Hampir 40 peratus daripada keseluruhan 40,000 tan metrik sisa pepejal yang dijana setiap hari di Malaysia merupakan sisa makanan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembaziran makanan perlu dipandang serius; banyak makanan masih boleh dimakan tetapi dibuang, satu dosa besar menurut menteri.
  • Kerjasama semua pihak diperlukan termasuk pengusaha, pembeli dan pengguna untuk mengubah sikap dan menangani pembaziran makanan.
  • KPKT memacu peralihan dari konsep guna dan buang kepada ekonomi kitaran dalam pengurusan sisa pepejal negara.
  • Ekonomi kitaran mengekalkan bahan bernilai dalam rantaian ekonomi dan mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan isu pembaziran makanan perlu dipandang serius, terutama apabila sebahagian makanan berkenaan masih boleh dimakan, namun dibuang begitu sahaja.

“Bagi saya pembaziran makanan bukan satu jenayah malah dia merupakan satu dosa. Satu dosa yang besar apabila makanan yang boleh dimakan dibuang begitu saja. Setiap hari negara kita menghasilkan 12,000 tan sisa daripada makanan.

“Itu memerlukan kerjasama semua pihak, menerusi pendekatan melibatkan seluruh masyarakat, termasuk pengusaha, rakyat membeli, pengguna semua untuk memberikan kerjasama mengubah sikap bagi menangani pembaziran”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Nd Nawi pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Dalam sidang sama, beliau turut memaklumkan KPKT sedang mempergiat peralihan sistem pengurusan sisa pepejal negara daripada konsep ‘guna dan buang’ kepada ekonomi kitaran.

Jelasnya, melalui ekonomi kitaran, bahan bernilai dapat dikekalkan dalam rantaian ekonomi pada tahap maksimum, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.