PM bangga semangat juang Harimau Malaya

Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 2 Oktober – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya selepas mencatat kemenangan bergaya 6-0 ke atas Singapura dalam aksi Piala ASEAN FIFA 2026, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri puji semangat juang dan kesungguhan Harimau Malaya yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia.
  • Walaupun terlepas ke final, semangat juang pasukan membuktikan mereka mampu bersaing dan memberi yang terbaik.
  • Perdana Menteri menyeru pasukan kekalkan momentum menjelang perlawanan penentuan tempat ketiga menentang Vietnam.
  • Pesan beliau: berjuang hingga wisel terakhir dan bawa pulang kemenangan untuk Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebooknya menyifatkan semangat juang dan kesungguhan dipamerkan skuad negara sepanjang kempen sebagai sesuatu yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

“Walaupun terlepas ke final, semangat juang dan kesungguhan Harimau Malaya sepanjang kempen tetap membanggakan seluruh rakyat Malaysia, sekali gus membuktikan pasukan negara mampu bersaing dan memberikan yang terbaik,” katanya.

Datuk Seri Anwar turut menyeru skuad negara mengekalkan momentum menjelang aksi penentuan tempat ketiga dan keempat menentang Vietnam.

“Perjuangan belum selesai. Fokus kini kepada penentuan tempat ketiga dan keempat menentang Vietnam. Kekalkan momentum, berjuang hingga wisel terakhir dan bawa pulang kemenangan untuk Malaysia!” Jelasnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.