
SANAA, 2 Oktober – Beberapa letupan kuat kedengaran di ibu negara Yaman, Sanaa pada petang Khamis.
RINGKASAN BERITA AI
- Kepulan asap tebal dilihat naik di beberapa kawasan bandar.
- Agensi Saba berkaitan Houthi mendakwa kejadian berpunca daripada pencerobohan Arab Saudi.
- Konflik kembali bermula sejak Julai selepas beberapa tahun keadaan lebih tenang.
- Ketegangan meningkat dengan Houthi melancarkan serangan terhadap Arab Saudi, menyasarkan infrastruktur minyak dan ibu negara Riyadh.
Rakaman AFP di lokasi menunjukkan, kepulan asap tebal naik di beberapa kawasan bandar, manakala agensi berita Saba yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Houthi mendakwa kononnya kejadian itu berpunca daripada “pencerobohan Arab Saudi”.
Yaman kembali berdepan konflik sejak Julai lalu selepas beberapa tahun keadaan lebih tenang, dengan kumpulan Houthi yang menguasai Sanaa dan kawasan pantai Laut Merah berdepan kerajaan yang disokong Riyadh.
Ketegangan semakin meningkat sejak itu, dengan Houthi turut melancarkan beberapa serangan terhadap Arab Saudi, termasuk menyasarkan infrastruktur minyak dan ibu negara Riyadh. -AFP