
KOTA KINABALU, 28 September – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, hari ini.
- Pemergian Allahyarham dianggap satu kehilangan besar yang dirasai bukan sahaja keluarga tetapi seluruh rakyat Malaysia.
- Allahyarham disifatkan sebagai tokoh yang disegani dan menjadi inspirasi melalui jasa, sumbangan serta dedikasinya kepada negara.
- Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh orang anak.
Beliau menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar yang amat dirasai bukan sahaja oleh Tun Dr Mahathir dan ahli keluarga, malah seluruh rakyat Malaysia.
Dalam hantaran di Facebook, Datuk Seri Panglima Hajiji berkata Allahyarham merupakan tokoh yang disegani serta menjadi inspirasi kepada rakyat melalui jasa, sumbangan dan dedikasinya kepada negara.
Beliau turut berharap segala jasa dan bakti Allahyarham terus dikenang serta menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang.
Datuk Seri Panglima Hajiji turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi pada usia 100 tahun.
Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak.