Jualan Agro MADANI Edisi Perak sasar nilai jualan RM100,000

Foto FB FAMA Malaysia

SELAYANG, 28 September – Program Jualan Agro MADANI (JAM) Edisi Negeri Perak 2026 yang berlangsung di Ibu Pejabat FAMA, hari ini menyasarkan nilai jualan sebanyak RM100,000.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menawarkan diskaun sehingga 30% dan penjimatan kira-kira RM30,000 kepada lebih kurang 2,000 pengunjung.
  • Menampilkan hasil dan produk tempatan Perak melalui 50 gerai termasuk jambu batu, buah pomelo, melon emas, duku serta hasil kampung.
  • Program akan diteruskan setiap bulan sebagai platform negeri lain; Sabah dan Sarawak dijangka turut menyertai hujung tahun.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, program itu menawarkan penjimatan perbelanjaan sehingga RM30,000 kepada kira-kira 2,000 pengunjung.

“Jualan Agro MADANI ini sebagaimana yang semua orang ketahui, semua barangannya kita akan jual diskaun sehingga 30 peratus berbanding harga di pasaran sedia ada,” katanya.

Program tersebut mengetengahkan hasil dan produk tempatan, termasuk buah-buahan serta makanan dari negeri Perak sebagai negeri penganjur.

Antara produk yang diketengahkan menerusi 50 gerai jualan yang disediakan ialah jambu batu dari Bidor, buah pomelo dari Kuala Gula, melon emas, duku Terengganu serta hasil kampung seperti petai, jering dan rebung.

“Kita menjangkakan ataupun menyasarkan jualan pada hari ini adalah sebanyak RM100,000 nilai jualan melalui 35 usahawan yang kita tampilkan pada hari ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu di Bangunan FAMA Point, di sini.

Menurut beliau, pelaksanaan Jualan Agro MADANI akan diteruskan setiap bulan dengan lokasi sama turut menjadi platform kepada negeri-negeri lain untuk bergilir-gilir menganjurkan program berkenaan.

Pada hujung tahun, Sabah dan Sarawak dijangka turut mengambil bahagian dalam penganjuran program itu di perkarangan Ibu Pejabat FAMA, Bandar Baru Selayang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.