Terjun Sukan Asia: Malaysia tambah perak menerusi gandingan Elvis-Enrique

Foto RTM

NAGOYA, 27 September – Gandingan penerjun negara, Elvis Priestly Clement-Enrique Maccartney Harold meraih pingat perak dalam acara 10 meter (m) platform seirama lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya, hari ini.

Pasangan negara mengumpul 377.52 mata di Pusat Akuatik Tokyo untuk menghadiahkan pingat perak pertama Malaysia dalam acara berkenaan di Sukan Asia sejak edisi Guangzhou 2010.

sebelum ini.gandingan Bryan Nickson Lomas-Ooi Tze Liang sebelum ini meraih perak dalam acara sama pada temasya di Guangzhou.

Pasangan China, Yang Hao-Lian Jun Jie, muncul juara selepas mengumpul 465.54 mata, manakala wakil Korea Selatan, Shin Jung Whi-Kim Young Taek, membawa pulang gangsa dengan 375.90 mata.

Kemenangan itu menyaksikan Elvis-Enrique mengatasi gandingan Korea Selatan dengan kelebihan hanya 1.62 mata.

Selepas ini, Enrique tidak mempunyai sebarang acara lagi, manakala Elvis akan meneruskan saingan dalam pusingan kelayakan 10m platform individu bersama Bertrand Rhodict Lises, Rabu ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.