
KUALA LUMPUR, 26 September – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 dikesan berlaku di Kuamut, Kinabatangan, Sabah pada 5.32 pagi tadi.
- METMalaysia melaporkan pusat gempa pada koordinat 5.1°N, 116.8°E dengan kedalaman 118 kilometer.
- Lokasi gempa kira-kira 223 kilometer barat laut dari Tarakan, Indonesia dan 34 kilometer barat daya dari Tongod, Sabah.
- Sebelum itu Kepulauan Loyalty dilanda gempa kuat bermagnitud 6.4, dikesan pada koordinat 21.2°S, 168.7°E dan kedalaman 47 kilometer.
- Tiada ancaman tsunami dikeluarkan untuk Malaysia susulan kejadian dua gempa bumi berkenaan.
Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) menerusi hantaran facebook melaporkan, gempa berkenaan berpusat pada koordinat 5.1 darjah utara dan 116.8 darjah timur, dengan kedalaman 118 kilometer.
“Lokasi gempa itu berada kira-kira 223 kilometer barat laut dari Tarakan, Indonesia dan 34 kilometer barat daya dari Tongod, Sabah,” menurut laporan itu.
Sebelum itu pada 5.23 pagi, Kepulauan Loyalty dilanda gempa bumi kuat bermagnitud 6.4.
Gempa berkenaan dikesan pada koordinat 21.2 darjah selatan dan 168.7 darjah timur, dengan kedalaman 47 kilometer.
Lokasi gempa itu berada kira-kira 988 kilometer barat daya dari Nadi, Fiji.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dikeluarkan susulan kejadian dua gempa bumi berkenaan.